{"id":1222,"date":"2021-02-08T21:30:53","date_gmt":"2021-02-08T13:30:53","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=1222"},"modified":"2021-02-08T21:31:22","modified_gmt":"2021-02-08T13:31:22","slug":"46046-orang-di-sabah-sudah-terima-bantuan-one-off-rm300","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/02\/08\/46046-orang-di-sabah-sudah-terima-bantuan-one-off-rm300\/","title":{"rendered":"46,046 orang di Sabah Sudah terima bantuan &#8216;one off&#8217; RM300"},"content":{"rendered":"\n<p>PAPAR: Kerajaan Negeri Sabah sudah membuat pembayaran sejumlah RM13,813,800\u00a0 kepada 46,046 penerima Bantuan Tunai One-off RM300, setakat 7 Februari 2021.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Sabah Prihatin COVID-19 2.0 kepada penduduk Sabah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM97,000,200\u00a0 dengan 323,334 penerima di negeri ini. Pembayaran sudah bermula sejak 29 Januari lalu.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan Negeri Sabah memberi bantuan 2.0 ini atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan kepada rakyat yang terjejas berikutan pelaksanaan PKP 2.0 akibat penularan pandemik COVID-19,\u201d katanya di sini hari ini.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Menteri melakukan lawatan kerja ke daerah Papar hari ini, dengan antara pengisian program adalah penyampaian Bantuan Tunai &#8216;One-Off&#8217; dan Bakul Makanan COVID-19 Kerajaan Negeri Sabah kepada peneroka kecil ladang getah bertempat di Semaian Kabang, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Kampung Kabang, Papar.<\/p>\n\n\n\n<p>Hajiji berkata, kerajaan negeri sedia maklum bahawa pelaksanaan PKP 2.0, menyebabkan ramai rakyat yang terjejas termasuk tidak dapat meneruskan perniagaan kecil-kecilan selain hilang pekerjaan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, bagi yang tidak\u00a0 tersenarai sebagai penerima Bantuan Sabah Prihatin 1.0 tetapi turut terjejas akibat pandemik ini, mereka boleh\u00a0 mengemukakan rayuan (untuk menerima bantuan),\u201d katanya.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi yang tidak tersenarai menerima bantuan tunai one-off, rayuan boleh dikemukakan melalui Pejabat Daerah masing-masing atau menerusi kementerian atau agensi yang menguruskan bantuan berkenaan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pemberian bakul makanan, beliau berkata sebanyak 7,547 bakul makanan sudah diagihkan setakat 7 Februari 2021.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan negeri ini adalah antara inisiatif\u00a0 dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu berkaitan kesejahteraan rakyat.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bagi memastikan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa, tetapi terjejas akibat COVID-19 dan pelaksanaan PKP dibantu oleh kerajaan,\u201d katanya.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAPAR: Kerajaan Negeri Sabah sudah membuat pembayaran sejumlah RM13,813,800\u00a0 kepada 46,046 penerima Bantuan Tunai One-off RM300, setakat 7 Februari 2021.\u00a0 Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Sabah Prihatin COVID-19 2.0 kepada penduduk Sabah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.\u00a0 \u201cBantuan ini melibatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":1223,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-1222","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1222","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1222"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1222\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1224,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1222\/revisions\/1224"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1223"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1222"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1222"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1222"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}