{"id":11696,"date":"2022-04-14T19:14:23","date_gmt":"2022-04-14T11:14:23","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=11696"},"modified":"2022-04-14T19:36:31","modified_gmt":"2022-04-14T11:36:31","slug":"ronald-lancar-duit-syiling-peringatan-50-tahun-lkim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/04\/14\/ronald-lancar-duit-syiling-peringatan-50-tahun-lkim\/","title":{"rendered":"Ronald Lancar Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Penubuhan LKIM"},"content":{"rendered":"<p>PUCHONG: Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee melancarkan Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Wisma LKIM, Pulau Meranti, Puchong, hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir dalam majlis pelancaran itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Haslina Abdul Hamid, Pengerusi LKIM Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ketua Pengarah LKIam Yusoff Othman dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.Abu Hassan Alshari Yahaya<\/p>\n<p>Duit Syiling 50 Tahun LKIM ini telah direka bentuk dan diterbitkan secara eksklusif oleh<br \/>\nBank Negara Malaysia khusus untuk LKIM sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun<br \/>\nLKIM pada 1 November 2021.<\/p>\n<p>Konsep utama duit syiling ini adalah daripada gabungan warna dan kesan khas 3imensi (3D). <\/p>\n<p>Ianya memberikan penekanan kepada warna biru laut sebagai gambaran bahawa laut adalah lubuk peluang, tempat yang menjadi sumber rezeki kepada para nelayan. <\/p>\n<p>Kelihatan juga ukiran seorang nelayan sedang menarik pukatnya yang sarat dengan ikan segar, mencerminkan kehebatan tahap kemahiran dan pengalamannya.<\/p>\n<p>Selain mengetengahkan elemen-elemen utama yang berkait rapat dengan industri perikanan, syiling ini juga turut mempunyai ukiran khas \u201c50 Tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia\u201d. <\/p>\n<p>Ukiran ini disifatkan sebagai peristiwa penting bagi memperingati Sambutan 50 Tahun yang pastinya penuh sejarah sejak organisasi ini ditubuhkan pada tahun 1971, sebagai sebuah badan berkanun di bawah MAFI.<\/p>\n<p>Pada bahagian belakang, kelihatan juga ukiran nama \u201cBank Negara Malaysia\u201d iaitu penerbit rasmi yang mengeluarkan duit syiling numismatic ini. <\/p>\n<p>Ia dilengkapkan dengan logo rasmi berwarna, &#8220;50 Jubli Emas 1971- 2021&#8221; pada bahagian tengahnya. Ukiran<br \/>\nnilai muka \u201c10 Ringgit\u201d di sudut bahagian bawah syiling turut dipaparkan membawa maksud nilai denominator bagi duit syiling tersebut<\/p>\n<p>Terdapat juga ukiran abstrak ombak<br \/>\nyang memberi maksud cabaran dan peluang yang dihadapi oleh LKIM dalam memartabatkan industri perikanan di Malaysia.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, menurut pihak Bank Negara Malaysia (BNM), maklumat lanjut mengenai cara pembelian dan tarikh penjualan akan dimaklumkan oleh BNM melalui laman sesawangnya.<\/p>\n<p>Ronald ketika berucap pada majlis pelancaran itu berkata duit syiling ini adalah manifestasi atas pencapaian dan kejayaan lima abad penubuhan LKIM berteraskan pada sifat dedikasi, kerja kuat dan kesungguhan<br \/>\nkerjasama di antara para nelayan dan pihak LKIM bagi memastikan pembangunan industri perikanan bergerak senada dan efisyen.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan melalui LKIM sentiasa memainkan peranan yang penting dan berkesan dalam menjaga kebajikan serta terus memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi dan mengurangkan bebanan nelayan,\u201d kata Ronald.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUCHONG: Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee melancarkan Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Wisma LKIM, Pulau Meranti, Puchong, hari ini. Turut hadir dalam majlis pelancaran itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Haslina Abdul Hamid, Pengerusi LKIM Datuk Syed Abu Hussin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":11697,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-11696","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11696","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11696"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11696\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11700,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11696\/revisions\/11700"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11697"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11696"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11696"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11696"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}