{"id":11488,"date":"2022-04-06T15:54:25","date_gmt":"2022-04-06T07:54:25","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=11488"},"modified":"2022-04-06T15:54:25","modified_gmt":"2022-04-06T07:54:25","slug":"inisiatif-mystep-90-graduan-sabah-diambil-bekerja-dengan-peruntukan-rm1-4-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/04\/06\/inisiatif-mystep-90-graduan-sabah-diambil-bekerja-dengan-peruntukan-rm1-4-juta\/","title":{"rendered":"Inisiatif MySTEP, 90 Graduan Sabah diambil bekerja dengan peruntukan RM1.4 juta \u00a0"},"content":{"rendered":"<p>\u00a0<br \/>\nKOTA KINABALU: Seramai 90 graduan universiti awam menamatkan program Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek (MySTEP) yang dilaksanakan syarikat Britay Asia (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) Universiti Malaysia Sabah (UMS).<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPengarah PKPKP UMS, Dr Soon Singh Bikar Sing berkata, program tersebut dilaksanakan selama dua minggu membabitkan peserta dari seluruh daerah Sabah.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cPara peserta terdiri daripada graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan graduan UMS sendiri.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cKesemua peserta akan bekerja dengan pihak industri yang mana pembayaran gaji enam bulan pertama dibuat melalui syarikat Britay Asia (M) Sdn. Bhd,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis tamat latihan program MySTep Britay \u00a0@UMS 2022, di Auditorium Pascasiswzah, di sini, baru-baru ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMajlis perasmiannya disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin. Hadir sama, Pengarah Urusan Britay, Haji Zuber Mohd Isa.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenurut Soon, sudah pasti para graduan akan memperoleh pengalaman berharga dan pendedahan dalam pekerjaan dengan pihak industri.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cMereka juga akan berpotensi diserap dan bekerja terus dengan pihak industri,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nDalam pada itu, Taufiq dalam ucapannya berkata, MySTEP merupakan salah satu program Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang menawarkan 80,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam, syarikat milik kerajaan (GLC) dan rakan-rakan strategik.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya percaya program ini bukan sahaja akan menjamin penempatan pekerjaan kepada peserta, bahkan sepanjang 14 hari pelbagai pengisian seperti latihan kemahiran insaniah, taklimat industri dan sesi temu duga dijalankan melibatkan hampir 40 industri.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cKepada semua peserta, perjalanan kerjaya anda telah pun bermula. Harungilah dengan penuh dedikasi, semangat dan keikhlasan. Jangan pernah berasa ragu dengan potensi diri,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTerdahulu, Zuber dalam ucapan aluannya memaklumkan program MySTEP diperkenalkan untuk menangani pengangguran, meningkatkan kebolehpasaran dan merangsang pemulihan ekonomi domestik.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cProgram ini ditaja oleh Khazanah Nasional. Di pihak Britay Asia pula, kita diberi tanggungjawab sebagai pengurus pelaksana.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cKerjasama penganjuran bersama UMS ini merupakan yang julung kalinya diadakan di Sabah,\u201d ujar beliau yang turut mengumumkan gaji ditawarkan kepada peserta sebanyak RM2,150 sebulan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nUntuk rekod, pihak industri yang terlibat dalam program itu termasuklah Golden Borneo Centre Sdn Bhd, Glopec Sdn Bhd, Kuo Dental Sdn Bhd, JMD Group, Sri Jutaya Sdn Bhd, Astana Hotel, Ezytape Sdn Bhd, Topaz Travel d Borneo Sdn Bhd, Mina Trading, VE AutoCool PLT, dan Institusi Kecantikkan NUVIS Sabah.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nIa membabit peruntukkan tajaan sebanyak RM1.4 juta daripada Khazanah Nasional.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 KOTA KINABALU: Seramai 90 graduan universiti awam menamatkan program Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek (MySTEP) yang dilaksanakan syarikat Britay Asia (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) Universiti Malaysia Sabah (UMS). \u00a0 Pengarah PKPKP UMS, Dr Soon Singh Bikar Sing berkata, program tersebut dilaksanakan selama dua minggu membabitkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":11489,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-11488","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11488","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11488"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11488\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11490,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11488\/revisions\/11490"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11489"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11488"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11488"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11488"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}