{"id":11242,"date":"2022-03-30T12:08:00","date_gmt":"2022-03-30T04:08:00","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=11242"},"modified":"2022-03-30T12:27:29","modified_gmt":"2022-03-30T04:27:29","slug":"doa-tanpa-usaha-sia-sia-graduan-kelas-pertama-ums","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/03\/30\/doa-tanpa-usaha-sia-sia-graduan-kelas-pertama-ums\/","title":{"rendered":"Doa tanpa usaha, sia-sia: graduan kelas pertama UMS"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Sharmiera Mazlan, Pelajar Komunikasi UMS<\/p>\n<p>KOTA KINABALU: Doa tanpa disusuli usaha adalah sia-sia, kata graduan Kelas Pertama Ijazah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nurul Nabilah Fazeera Nordin.<\/p>\n<p>Beliau yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) berkata, dua perkara tersebut menjadi kunci kejayaannya sehingga meraih himpunan purata nilai gred (CGPA) 3.85.<\/p>\n<p>\u201cKedua-duanya sangat perlu jika kita ingin berjaya dalam pelajaran. Selain terus berdoa, saya berusaha dengan gigih bagi memperoleh pencapaian akademik yang memberangsangkan.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, kita mestilah selalu berkongsi ilmu dengan rakan-rakan dan saling tolong menolong antara satu sama lain, barulah ilmu bertambah berkat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Nurul berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen UMS ke-22, di sini.<\/p>\n<p>Pada masa yang sama, beliau turut menggalakkan para pelajar untuk menikmati sepenuhnya kehidupan dalam kampus.<\/p>\n<p>\u201cPenglibatan dalam akademik dan kokurikulum perlu seimbang.<\/p>\n<p>\u201cBagi saya 70 peratus tumpuan adalah kepada akademik, manakala 30 peratus untuk bidang kokurikulum.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga memegang beberapa jawatan dalam kelab dan persatuan semasa menuntut di UMS.<\/p>\n<p>\u201cNamun kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah saya dikelilingi oleh rakan-rakan yang baik dan peramah di sini,\u201d katanya yang berasal dari Selangor.<\/p>\n<p>Beliau turut mengongsikan keterujaannya menghadiri Majlis Konvokesyen yang tertangguh dua tahun akibat pandemik.<\/p>\n<p>\u201cSaya berasa sangat gembira dan teruja kerana penantian saya selama dua tahun untuk datang ke majlis konvokesyen akhirnya tercapai juga.<\/p>\n<p>\u201cPenantian ini tidak sia-sia, saya datang dari jauh bersama semua ahli keluarga saya,\u201d ujar Nurul.<\/p>\n<p>Anak kedua dari empat adik beradik itu kini bekerja di bawah syarikat ayahnya.<\/p>\n<p>\u201cWalau bagaimanapun, saya tetap bercita-cita untuk berkerja di dalam bidang yang berkaitan pengajian saya (bioteknologi) jika mendapat peluang pada masa akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Sharmiera Mazlan, Pelajar Komunikasi UMS KOTA KINABALU: Doa tanpa disusuli usaha adalah sia-sia, kata graduan Kelas Pertama Ijazah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nurul Nabilah Fazeera Nordin. Beliau yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) berkata, dua perkara tersebut menjadi kunci kejayaannya sehingga meraih himpunan purata nilai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":11243,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-11242","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11242","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11242"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11242\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11250,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11242\/revisions\/11250"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11243"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11242"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11242"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11242"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}