{"id":11088,"date":"2022-03-26T17:51:20","date_gmt":"2022-03-26T09:51:20","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=11088"},"modified":"2022-03-26T17:51:20","modified_gmt":"2022-03-26T09:51:20","slug":"pakej-teknologi-lengkap-tingkatkan-pengeluaran-hasil-tanaman-kubis-ronald-kiandee","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/03\/26\/pakej-teknologi-lengkap-tingkatkan-pengeluaran-hasil-tanaman-kubis-ronald-kiandee\/","title":{"rendered":"Pakej Teknologi Lengkap Tingkatkan Pengeluaran Hasil Tanaman Kubis &#8211; Ronald Kiandee"},"content":{"rendered":"<p> KUNDANG: Pakej Mekanisasi Tanaman Kubis Tanah Rendah bagi meningkatkan pengeluaran hasil dan menjimatkan kos buruh telah dilancarkan hari ini oleh Menteri Pertanian dan Industri<br \/>\n Makanan.<br \/>\n Pakej mekanisasi ini terdiri daripada mesin semaian biji benih, mesin pemasangan plastik sungkupan, mesin penanaman kubis, mesin penyemburan berlengan, dron penyembur racun dan baja serta mesin baja penuaian kubis.<br \/>\nMenurut Dr. Ronald, pakej mekanisasi ladang bagi pengeluaran kubis tanah rendah ini berupaya meningkatkan pengeluaran kubis negara memandangkan aktiviti secara manual memerlukan tenaga pekerja dan kos yang tinggi di samping keluasan yang terhad serta produktiviti yang rendah.<br \/>\n\u2018Varieti jenis \u2018tahan panas\u2019 membolehkan kubis bulat ditanam di kawasan tanah rendah bersuhu tinggi. Ini dapat menjamin bekalan tempatan selain mengurangkan kebergantungan import,\u2019 kata Dr Ronald.<br \/>\n MARDI akan mengkomersilkan pakej mekanisasi ini dan terus mengalakkan petani dan pengusaha yang berminat dengan tanaman kubis. MARDI juga akan memberikan bantuan teknikal kepada mana-mana pengusaha yang berminat memandangkan tanaman ini berpotensi tinggi dan akan memberi pulangan hasil lumayan kerana permintaan yang tinggi dalam negara.<br \/>\nTeknologi mekanisasi akan membantu ke arah peningkatan pengeluaran, pendapatan<br \/>\n dan taraf hidup petani serta jaminan bekalan dalam sektor pertanian dan makanan.<br \/>\n Tambah Dr. Ronald, selari dengan permintaan global yang tinggi, usaha yang berterusan untuk meningkatkan penggunaan mekanisasi dalam pengeluaran hasilan segar sangat diperlukan bagi menyumbang kepada pertumbuhan yang mampan dalam sektor pertanian.<br \/>\nSebelum ini, MARDI juga telah membangunkan teknologi tanaman kubis bunga di tanah rendah yang telah dilancarkan oleh Dr Ronald pada bulan Oktober, 2020. Teknologi pengeluaran kubis bunga tanah rendah berkenaan memendekkan tempoh ia boleh dituai iaitu dalam satu hingga dua minggu selain mengurangkan risiko penyakit terhadap tanaman terbabit. Tempoh matang tuai bagi kubis adalah antara 80 hingga 85 hari selepas ditanam.<br \/>\nBersempena dengan majlis itu juga, Dr. Ronald turut menyampaikan pakej mekanisasi kepada wakil petani serta menyerahkan manual penanaman kubis tanah rendah dan baja organik Biorichar kepada wakil peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).<br \/>\nMajlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato\u2019 Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI dan Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian MAFI.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUNDANG: Pakej Mekanisasi Tanaman Kubis Tanah Rendah bagi meningkatkan pengeluaran hasil dan menjimatkan kos buruh telah dilancarkan hari ini oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Pakej mekanisasi ini terdiri daripada mesin semaian biji benih, mesin pemasangan plastik sungkupan, mesin penanaman kubis, mesin penyemburan berlengan, dron penyembur racun dan baja serta mesin baja penuaian kubis. Menurut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":11089,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-11088","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11088","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11088"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11088\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11090,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11088\/revisions\/11090"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11089"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11088"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11088"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11088"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}