{"id":10880,"date":"2022-03-20T18:11:59","date_gmt":"2022-03-20T10:11:59","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=10880"},"modified":"2022-03-20T18:11:59","modified_gmt":"2022-03-20T10:11:59","slug":"ronald-rasmi-program-titian-nelayan-kg-keniogan-beluran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/03\/20\/ronald-rasmi-program-titian-nelayan-kg-keniogan-beluran\/","title":{"rendered":"Ronald Rasmi Program Titian Nelayan Kg Keniogan, Beluran"},"content":{"rendered":"<p>BELURAN: Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, telah turun padang hari ini bagi menjayakan Program Jelajah Nelayan Beluran dan merasmikan titian nelayan di Kampung Keniogan, Beluran.<br \/>\nTurut hadir dalam program jelajah ini, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, YB Tuan Samad bin Jambri, Setiausaha Bahagian Industri Tanaman Ternakan dan Perikanan (ITTP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Encik Mazlan bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Encik Kusuadi Sallih, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM, Hajah Khaironnesak Omar, Pengarah LKIM Sabah, Encik Mohd Jamil Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Beluran, Tuan Leprus Esuvas Giswa dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran, Encik Uting Rahmat.<br \/>\nDalam program ini, Dr Ronald telah merasmikan titian nelayan yang telah siap pada 13 Mac 2022 yang mana projek ini telah bermula pada 4 Mei 2021 dengan kos keseluruhan bernilai RM 1 juta.<br \/>\nDr Ronald berkata projek titian konkrit ini akan memberikan lebih keselesaan kepada semua penduduk di Kampung Keniogan khususnya golongan nelayan memandangkan keadaan titian yang lama telah usang dan tidak lagi sesuai untuk digunakan.<br \/>\n\u201cMAFI akan terus melihat keperluan kemudahan asas dan infrastruktur lain yang diperlukan oleh kampung-kampung nelayan seluruh negara dan akan angkat kepada perhatian Kementerian Kewangan untuk permohonan dana-dana tambahan bagi memastikan semua inisiatif yang di laksanakan oleh LKIM diteruskan.<br \/>\n\u201cKerajaan melalui LKIM sentiasa memainkan peranan yang penting dan berkesan dalam menjaga kebajikan serta terus memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi dan mengurangkan bebanan nelayan,\u201d kata Dr Ronald.<br \/>\nSelain itu, bagi membangunkan infrastruktur jeti sedia ada, tiga lokasi lain juga telah dibaik pulih sebelum ini iaitu di Jeti Kampung Muanad II, Jeti Kampung Seri Menanti dan Jeti Kampung Keramat. 18 lagi jeti dan titian di sekitar kampung-kampung nelayan di Beluran sedang dalam perancangan LKIM untuk dibaikpulih, dinaiktaraf serta bina baharu yang akan memberi kemudahan pendaratan ikan yang lebih baik.<br \/>\nKerajaan sentiasa menyediakan peruntukan bagi membangunkan pelbagai kemudahan dan inisiatif untuk nelayan termasuk kemudahan infrastruktur seperti pelabuhan perikanan, kompleks- kompleks pendaratan ikan, jeti-jeti dan lain-lain lagi di seluruh negara.<br \/>\nSetakat ini, LKIM telah membina sebanyak 46 buah kompleks pendaratan ikan. Kemudahan seumpama ini banyak membantu nelayan mendaratkan dan memasarkan hasil tangkapan ikan. Di Sabah, LKIM dalam kajian kesesuaian tapak untuk membina sebuah kompleks pendaratan ikan moden di tapak tanah LKIM di Sandakan.<br \/>\nDalam pada itu, YB Menteri turut meninjau rumah nelayan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di Kampung Keniogan, Beluran. Ini adalah sebahagian daripada 200 buah rumah nelayan yang telah dan sedang dibaikpulih oleh LKIM di kawasan Beluran dengan peruntukan sebanyak RM3 juta. Sebelum ini LKIM juga telah membaikpulih 152 rumah nelayan di kawasan Beluran.<br \/>\nProjek PKPN merupakan usaha Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah dengan membaik pulih rumah, membina rumah baharu dan mewujudkan penempatan semula nelayan supaya golongan nelayan menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa.<br \/>\nKerajaan melalui LKIM telah memperuntukkan lebih RM150 juta pada tahun ini bagi menyediakan bantuan dan insentif kepada masyarakat nelayan seluruh negara yang merangkumi ESHN, Subsidi Minyak Diesel dan Petrol, Dana Nelayan, Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan, Projek Tanaman Kotan, Bantuan Projek Ekonomi Kumpulan Nelayan dan Program Food Basket Nelayan.<br \/>\nTerdapat 582 nelayan aktifdi Kawasan berkenaan telah menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) dengan kadar bayaran RM300.00 sebulan. ESHN ini telah ditingkatkan oleh Kerajaan bermula Januari 2021, di mana daripada kadar RM250 kepada RM300 sebulan yang telah memberi manfaat kepada 35,000 nelayan laut seluruh negara.<br \/>\nMenurut Dr Ronald, golongan nelayan yang merupakan antara barisan hadapan sektor agromakanan yang sangat penting dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan negara.<br \/>\nTambah beliau lagi, Kerajaan melalui MAFI dan LKIM akan terus memastikan kebajikan semua golongan sasar sentiasa terbela serta memastikan kelangsungan dan kelancaran rantaian bekalan makanan.<br \/>\nDalam majlis yang sama, Dr Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran turut menyampaikan Bantuan Persekolahan kepada 130 orang murid SK Keniogan yang telah disumbangkan oleh Yayasan Nelayan Malaysia (YANEM) dengan peruntukan sebanyak RM6,500.<br \/>\nMAFI melalui agensinya LKIM telah dan akan sentiasa memainkan peranan yang penting dan berkesan sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan, memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan dan memajukan perusahaan perikanan negara serta memastikan bekalan ikan mencukupi di seluruh negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BELURAN: Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, telah turun padang hari ini bagi menjayakan Program Jelajah Nelayan Beluran dan merasmikan titian nelayan di Kampung Keniogan, Beluran. Turut hadir dalam program jelajah ini, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, YB Tuan Samad bin Jambri, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":10881,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-10880","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10880","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10880"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10880\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10882,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10880\/revisions\/10882"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10881"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10880"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10880"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10880"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}