{"id":10773,"date":"2022-03-16T16:21:51","date_gmt":"2022-03-16T08:21:51","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=10773"},"modified":"2022-03-16T16:21:51","modified_gmt":"2022-03-16T08:21:51","slug":"u-science-ums-adakan-kunjungan-hormat-dengan-setiausaha-tetap-ksti-bincang-jalinan-kerjasama-dua-hala","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/03\/16\/u-science-ums-adakan-kunjungan-hormat-dengan-setiausaha-tetap-ksti-bincang-jalinan-kerjasama-dua-hala\/","title":{"rendered":"U-Science UMS adakan kunjungan hormat dengan Setiausaha Tetap KSTI, bincang jalinan kerjasama dua hala"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Zainudin Aman, di pejabatnya, di sini pada Isnin lalu.<\/p>\n<p>Ketua U-Science UMS, Haji Zawawi Datuk Tiyunin berkata, kunjungan itu bertujuan  membincangkan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara KSTI dan U-Science.<\/p>\n<p>\u201cSebagai makluman, antara peranan U-Science UMS termasuklah menggalakkan minat pelajar dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).  <\/p>\n<p>\u201cSeiring dengan itu, kunjungan ini sebagai hasrat menjalin kerjasama dengan KSTI sebagai usaha bagi memperkasakan lagi penerapan minat dalam kalangan masyarakat menceburi bidang STEM,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Zawawi berkata, pada masa yang sama, lawatan ini juga sebagai sesi ramah mesra dan suai kenal bagi pegawai baharu di U-Science dengan pegawai pengurusan tertinggi di KSTI.<\/p>\n<p>\u201cSaya ucapkan terima kasih kepada SUT dan pegawai-pegawai KSTI yang sudi menyambut dan menerima kunjungan daripada pihak kami.<\/p>\n<p>\u201cKami telah berkongsi pandangan dan membuat perbincangan awal terhadap bidang kerjasama yang boleh dijayakan antara kedua-dua belah pihak,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sementara dalam lawatan itu, Zainuddin mengalu-alukan usaha kerjasama tersebut dan mencadangkan satu perbincangan lanjut diadakan bersama agensi luar.<\/p>\n<p>\u201cPerbincangan ini nanti akan membolehkan penganjuran aktiviti dapat diselaraskan dengan baik. <\/p>\n<p>\u201cDalam masa yang sama, KSTI juga berhasrat agar mapping pembudayaan STEM boleh dibuat dengan agensi-agensi ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap KSTI, Henry Idol; Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Perancangan dan Pembudayaan Sains KSTI, Musleha Khairunisa Muluk dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Inovasi dan Teknologi Digital (ITD) KSTI, Fridah Ramli.<\/p>\n<p>Turut hadir, Pegawai Sains Kanan U-Science UMS, Malcolm Jilimin; dan Unit Korporat U-Science, Junaine Jasni.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Zainudin Aman, di pejabatnya, di sini pada Isnin lalu. Ketua U-Science UMS, Haji Zawawi Datuk Tiyunin berkata, kunjungan itu bertujuan membincangkan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara KSTI dan U-Science. \u201cSebagai makluman, antara peranan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":10774,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-10773","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10773","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10773"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10773\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10775,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10773\/revisions\/10775"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10774"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10773"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10773"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10773"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}