{"id":10503,"date":"2022-03-05T08:53:33","date_gmt":"2022-03-05T00:53:33","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=10503"},"modified":"2022-03-05T08:53:33","modified_gmt":"2022-03-05T00:53:33","slug":"isu-kemiskinan-tinggi-di-sabah-madius-cadang-tubuh-rci-siasat-punca-utama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/03\/05\/isu-kemiskinan-tinggi-di-sabah-madius-cadang-tubuh-rci-siasat-punca-utama\/","title":{"rendered":"Isu Kemiskinan tinggi di Sabah, Madius cadang tubuh RCI siasat punca utama"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) menyeru agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kemiskinan Tinggi di Sabah  ditubuhkan bagi mencari penyelesaian tuntas tentang isu kemiskinan di negeri ini.<\/p>\n<p>Katanya, penyelesaian secara menyeluruh perlu diambil terhadap kemiskinan yang sangat tinggi di samping pertumbuhan penduduk Sabah yang sangat luar biasa.<\/p>\n<p>\u201cKadar kemiskinan di Sabah adalah yang tertinggi di Malaysia. Pada tahun 2021, kadarnya ialah 25%. <\/p>\n<p>\u201cSelain daripada kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid-19, kadar ini juga bertambah buruk kerana tindakan kerajaan memasukkan penduduk yang memiliki dokumen kewarganegaraan yang diragui ke dalam senarai penduduk Sabah dimana penduduk ini adalah rata-rata berpendapatan di bawah garis kemiskinan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, katanya penubuhan RCI salah satu pendekatan yang terbaik untuk menyiasat punca sebenar kemiskinan di negeri ini.<\/p>\n<p>Madius turut  meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama-sama Unit Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri menyiasat penduduk Sabah dengan dokumen Kad Pengenalan meragukan yang telah dimasukkan ke dalam senarai rakyat termiskin di Sabah. <\/p>\n<p>\u201cSaya mohon agar perkara ini disiasat. Apakah ini benar-benar berlaku?<\/p>\n<p>\u201cKerajaan seharusnya mempelajari bagaimana negara China mengenal pasti senarai dan seterusnya memperkenalkan program pembasmian penduduk miskin di suatu penempatan. <\/p>\n<p>\u201cMereka bukan saja melibatkan kakitangan kerajaan seperti \u2018Focus Group\u2019 tetapi juga melibatkan setiap ketua keluarga dalam penempatan tersebut. <\/p>\n<p>\u201cKakitangan kerajaan (China) hanya terlibat dalam membuat kajian pendapatan isi rumah sebenar dan mereka yang disenaraikan sebagai rakyat termiskin di putuskan oleh ketua-ketua isi rumah melalui satu proses pemilihan insitusi. <\/p>\n<p>\u201cMereka (kerajaan China) juga mencadangkan program untuk mengatasi masalah kemiskinan bersasar mengikut kedudukan sosio-ekonomi keluarga yang berkenaan,\u201d jelasnya. <\/p>\n<p>Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata demikian dalam ucapan perbahasan di Persidangan Dewan Parlimen pada Rabu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) menyeru agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kemiskinan Tinggi di Sabah ditubuhkan bagi mencari penyelesaian tuntas tentang isu kemiskinan di negeri ini. Katanya, penyelesaian secara menyeluruh perlu diambil terhadap kemiskinan yang sangat tinggi di samping pertumbuhan penduduk Sabah yang sangat luar biasa. \u201cKadar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":10476,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[26],"tags":[],"class_list":{"0":"post-10503","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-community"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10503","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10503"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10503\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10504,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10503\/revisions\/10504"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10476"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10503"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10503"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10503"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}