{"id":10475,"date":"2022-03-03T18:04:33","date_gmt":"2022-03-03T10:04:33","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=10475"},"modified":"2022-03-03T18:04:33","modified_gmt":"2022-03-03T10:04:33","slug":"perluaskan-tempoh-peperiksaan-awam-pada-isnin-hingga-khamis-ke-peringkat-ipt-madius","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/03\/03\/perluaskan-tempoh-peperiksaan-awam-pada-isnin-hingga-khamis-ke-peringkat-ipt-madius\/","title":{"rendered":"Perluaskan Tempoh Peperiksaan Awam pada Isnin hingga Khamis ke peringkat IPT \u2013 Madius"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) meminta pelaksanaan tempoh Peperiksaan Awam di peringkat sekolah menengah pada Isnin hingga khamis turut digunakan dalam Institusi Pengajian Tinggi.<\/p>\n<p>Menurutnya, pelaksanaan tempoh tersebut sebolehnya dijadikan sebagai satu dasar dalam pendidikan di Malaysia. <\/p>\n<p>\u201cSaya berterima kasih kerana akhirnya kerajaan bersetuju dengan tuntutan rakyat agar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada 2 Mac 2022 diadakan hanya pada hari Isnin hingga Khamis.<\/p>\n<p>\u201cDengan penetapan itu, maka saya mencadangkan agar pelaksanaannya juga diperluaskan kerajaan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta,\u201d katanya. <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian semasa sesi ucapan perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan DiRaja dalam Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini, pada Rabu.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut mempersoalkan situasi pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 1 yang tidak dapat menghadiri peperiksaan baru-baru ini kerana menjalani kuarantin.<\/p>\n<p>\u201cDalam kesempatan ini juga, saya ingin bertanya pada Menteri Kanan Pendidikan, bilakah peperiksaan Semester 1 akan diadakan bagi para pelajar STPM yang tidak dapat hadir dalam peperiksaan tersebut akibat jangkitan Omicron,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan penjadualan semula peperiksaan kepada pelajar yang menjalani kuarantin dan positif COVID-19 dengan syarat mengemukakan dua dokumen iaitu pengesahan maklumat daripada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dan nota discaj bagi calon yang disahkan positif COVID-19.<\/p>\n<p>*Madius persoal tindakan SPRM dalam menyelesaikan kes rasuah*<\/p>\n<p>Sementara itu, Madius turut mempersoalkan masalah rasuah yang timbul dalam negara terutamanya dalam urustadbir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n<p>Menurutnya, lima jawatankuasa utama yang ditubuhkan dalam SPRM iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, dan Panel Penilai Operasi yang melibatkan 54 individu keseluruhan telah menunjukkan kegagalan dalam menjalankan tugas.  <\/p>\n<p>\u201cDengan lima jawatankuasa tersebut sebenarnya telah meletakkan institusi ini sebagai satu institusi yang paling bebas di Malaysia berbanding dengan Biro Pencegahan Rasuah (BPR) sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cNamun, kenapa masih wujud pelbagai kepincangan dalam urustadbir SPRM?\u201d soal Madius.<\/p>\n<p>Beliau yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) juga meminta Perdana Menteri untuk menyatakan kekerapan lima jawatankuasa tersebut bermesyuarat sepanjang tahun 2021 dan perincian kepada mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan.<\/p>\n<p>\u201cSebagai contoh, apa sudah jadi dengan kes Rasuah Jabatan Air Sabah? Kes Integriti Tan Sri Azam Baki dan sebagainya.<\/p>\n<p>\u201cPernahkah mana-mana jawatankuasa tersebut memanggil Azam Baki memberi keterangan tentang percanggahan dalam kenyataan terkait Azam Baki?<\/p>\n<p>\u201cSaya meminta agar Perdana Menteri menyatakan berapa kalikah kelima-lima Jawatankuasa ini bermesyuarat sepanjang tahun 2021 dan adakah kes Azam Baki pernah dibincang oleh setiap jawatankuasa tersebut,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) meminta pelaksanaan tempoh Peperiksaan Awam di peringkat sekolah menengah pada Isnin hingga khamis turut digunakan dalam Institusi Pengajian Tinggi. Menurutnya, pelaksanaan tempoh tersebut sebolehnya dijadikan sebagai satu dasar dalam pendidikan di Malaysia. \u201cSaya berterima kasih kerana akhirnya kerajaan bersetuju dengan tuntutan rakyat agar peperiksaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":10477,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-10475","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10475","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10475"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10475\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10478,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10475\/revisions\/10478"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10477"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10475"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10475"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10475"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}