{"id":10253,"date":"2022-02-19T17:23:12","date_gmt":"2022-02-19T09:23:12","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=10253"},"modified":"2022-02-19T17:23:12","modified_gmt":"2022-02-19T09:23:12","slug":"tadika-ceria-kadazandusun-kampung-tiong-monggis-lakar-sejarah-pelestarian-bahasa-dusun-di-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/02\/19\/tadika-ceria-kadazandusun-kampung-tiong-monggis-lakar-sejarah-pelestarian-bahasa-dusun-di-dunia\/","title":{"rendered":"Tadika Ceria Kadazandusun Kampung Tiong Monggis Lakar Sejarah Pelestarian Bahasa Dusun di dunia"},"content":{"rendered":"<p>TAMPARULI: Tadika Ceria Kadazandusun Kampung Tiong Monggis menjadi sebahagian daripada sejarah pelestarian bahasa Dusun di dunia. <\/p>\n<p>Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, guru-guru dan pelajar sekolah, merupakan sebahagian daripada sejarah dalam usaha mengangkat martabat bahasa Dusun di dunia. <\/p>\n<p>&#8220;Sejak ditubuhkan, Tadika Ceria Kadazan Dusun ini telah mencatat sejarah sebagai satu-satunya tadika yang memberi pembelajaran asas dalam bahasa Dusun di dunia. <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Tadika Ceria Kadazan Dusun Kampung Tiong Monggis, sini pada Khamis. <\/p>\n<p>Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tiong Monggis, Jaimon Gugiak, wakil Ketua Kampung Tiong Monggis, WKK Johanes Tinggi, dan Ketua Kampung Rani, KK Lutter Gambar. <\/p>\n<p>Katanya, kejayaan bekas pelajar tadika sekolah itu di peringkat pengajian tinggi juga membuktikan kualiti pembelajaran asas di sekolah berkenaan setanding dengan sekolah lain. <\/p>\n<p>Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, memberitahu, jika tidak ada aral melintang, daerah kedua yang akan mengikuti jejak langkah sekolah tersebut ialah Kota Marudu. <\/p>\n<p>&#8220;Tujuannya juga satu, iaitu untuk melestarikan bahasa ibunda kita agar tidak hilang ditelan zaman. <\/p>\n<p>Jahid turut mengesyorkan kepada pihak tadika terutamanya bekas pelajarnya untuk menubuhkan persatuan bekas pelajar atau Alumni sekolah itu nanti. <\/p>\n<p>&#8220;Kita mengharapkan agar usaha-usaha murni melestarikan bahasa dan budaya Kadazandusun ini akan diteruskan sampai bila-bila,&#8221; katanya yang juga Pengerusi Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Tamparuli dan Naib Presiden KDCA Pusat. <\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua yang hadir untuk terus menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. <\/p>\n<p>Terdahulu, Guru Besar sekolah, Chrisnelia Asing, berkata, walaupun program itu terpaksa diadakan dalam keadaan SOP yang ketat, namun beliau bersyukur atas kehadiran menteri dan semua ibu bapa yang terlibat. <\/p>\n<p>Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) sekolah, Yenika Langguyu, berharap agar kepimpinan PIBG pada masa akan datang akan dapat meneruskan kemajuan di sekolah tersebut. <\/p>\n<p>&#8220;Mari kita sama-sama promosikan Tadika Ceria Kadazan Dusun ini, agar lebih ramai ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak ke sini nanti,&#8221; katanya. <\/p>\n<p>Dua wakil pelajar sekolah, Alvin Elddy Ignatius dan Olga Ianello Juining, turut merakamkan ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberi oleh guru-guru dan ibu bapa mereka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAMPARULI: Tadika Ceria Kadazandusun Kampung Tiong Monggis menjadi sebahagian daripada sejarah pelestarian bahasa Dusun di dunia. Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, guru-guru dan pelajar sekolah, merupakan sebahagian daripada sejarah dalam usaha mengangkat martabat bahasa Dusun di dunia. &#8220;Sejak ditubuhkan, Tadika Ceria Kadazan Dusun ini telah mencatat sejarah sebagai satu-satunya tadika yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":10254,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-10253","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10253","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10253"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10253\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10255,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10253\/revisions\/10255"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10254"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10253"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10253"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10253"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}