{"id":1017,"date":"2021-02-04T05:50:00","date_gmt":"2021-02-03T21:50:00","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=1017"},"modified":"2021-02-04T18:40:05","modified_gmt":"2021-02-04T10:40:05","slug":"bubar-parlimen-selepas-covid-reda-henti-tohmah-agong-perkenan-darurat-pm-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/02\/04\/bubar-parlimen-selepas-covid-reda-henti-tohmah-agong-perkenan-darurat-pm-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Bubar Parlimen selepas COVID reda, henti tohmah Agong perkenan darurat &#8211; PM Muhyiddin"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>BERNAMA<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian dan komitmen untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 telah reda dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya berhenti melemparkan tohmahan yang tidak berasas terhadap keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memperkenankan Proklamasi Darurat ketika negara berusaha memutuskan penularan pandemik COVID-19.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin berkata sebagai ketua kerajaan, beliau sentiasa menghormati sistem dan proses perundangan negara yang berpaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menyeru rakan-rakan saya baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan menggembeleng usaha untuk memerangi wabak COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik,\u201d katanya dalam perutusan khas secara langsung di beberapa stesen televisyen serta platform media sosial hari ini.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu semasa Perhimpunan Agung Tahunan parti tersebut November tahun lepas dilaporkan berkata jika pandemik COVID-19 berakhir dalam satu tempoh masa yang belum dipastikan, kerajaan akan membubarkan Parlimen dan seterusnya memberi ruang kepada PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya lagi, kerajaan telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda selepas Tuanku berpuas hati\u00a0 bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap kritikal dan perlunya pelaksanaan darurat\u00a0 selaras dengan keputusan jemaah menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProklamasi Darurat yang dimasyhurkan oleh Tuanku adalah bertujuan untuk memberikan bidang kuasa tertentu kepada kerajaan untuk mengurus pandemik COVID-19 dengan lebih cepat, cekap dan berkesan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTindakan-tindakan serta merta sedang diambil oleh kerajaan di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Darurat yang sedang berkuatkuasa.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProklamasi Darurat tidak mempunyai tujuan lain selain daripada membendung penularan COVID-19 dengan lebih berkesan dan melindungi nyawa rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin berkata walaupun ada segelintir pihak yang cuba mencabar Proklamasi Darurat di mahkamah, beliau percaya Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara amat memahami dan menghormati\u00a0 sistem dan proses perundangan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut perdana menteri, kerajaan telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Feb ini bagi memantau perkembangan kes harian COVID-19 mengikut sektor dan lokaliti serta menilai semula keberkesanan PKP yang dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApapun tindakan atau langkah seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan pastinya berasaskan kepada matlamat untuk mengimbangi keperluan menjamin kelangsungan hidup rakyat dan melindungi nyawa anda semua,\u201d tambahnya.&#8211; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BERNAMA KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian dan komitmen untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 telah reda dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya berhenti melemparkan tohmahan yang tidak berasas terhadap keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":1018,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-1017","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1017","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1017"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1017\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1019,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1017\/revisions\/1019"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1018"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1017"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1017"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1017"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}