{"id":10091,"date":"2022-02-11T16:32:07","date_gmt":"2022-02-11T08:32:07","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=10091"},"modified":"2022-02-11T16:32:07","modified_gmt":"2022-02-11T08:32:07","slug":"km-belum-ada-keputusan-berkaitan-kad-warga-asing","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/02\/11\/km-belum-ada-keputusan-berkaitan-kad-warga-asing\/","title":{"rendered":"KM: Belum ada keputusan berkaitan Kad Warga Asing"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kad Warga Asing (Foreigner Card) hanyalah cadangan Jawatankuasa Teknikal yang akan dibincangkan lebih lanjut lagi oleh Kerajaan Negeri sebelum keputusan muktamad dibuat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.<br \/>\n\u201cJawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Sabah (JKPWAS-Induk) ditubuhkan berikutan saranan RCI untuk platform bersama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi menguruskan isu ini,\u201d katanya.<br \/>\nKetua Menteri bertegas bahawa cadangan itu tidak melibatkan pemberian kad pengenalan mahupun dokumen kepada warga asing untuk memberikan mereka taraf kewarganegaraan dan ia perlu melalui penelitian rapi dengan mengambil kira pandangan dan input daripada semua termasuk parti politik, aktivis serta rakyat.<br \/>\nBeliau berkata, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berazam untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin yang berlarutan sejak sekian lama.<br \/>\n\u201cSebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan Negeri GRS akan sentiasa berpandukan kepentingan rakyat dan negeri dalam membuat keputusan.<br \/>\n\u201cKerajaan Negeri GRS mengambil maklum semua pandangan dan input daripada semua pihak berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri.<br \/>\n&#8220;Adalah lebih baik kepada semua jangan membuat andaian terburu-buru,\u201d katanya.<br \/>\nHajiji berkata Kad Warga Asing (Foreigner Card) dan Kad Pekerja Warga Asing (Foreign Worker Card) telah dicadangkan untuk menjadi dokumen standard bagi semua pemegang IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung yang dikeluarkan sebelum ini kepada pendatang Filipina dan semua pekerja asing yang sah.<br \/>\n\u201cCadangan kad Pekerja Asing (Foreign Worker Card) antara lainnya akan dikeluarkan kepada semua pekerja asing dalam sektor perladangan, pertanian dan perikanan, pembuatan, pembinaan dan pembantu rumah antara lain.<br \/>\n\u201cKita perlu mewujudkan pangkalan data pekerja asing supaya ada rekod sistematik mengenai kehadiran mereka di negeri ini,\u201d tegasnya.<br \/>\n\u201cKami mengambil kira pandangan dan input daripada semua pihak berkaitan yang berkongsi kebimbangan mengenai isu legasi ini. Di peringkat negeri, saya akan mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKNS) manakala Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengetuai jawatankuasa kerja,\u201d katanya.<br \/>\nJKKNS terdiri daripada ESSCOM, Angkatan Tentera, polis, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri dan Majlis Keselamatan Negara sebagai sekretariat bersama.<br \/>\nSehubungan itu, beliau berkata Kerajaan Negeri GRS berpegang teguh pada prinsip ketelusan dalam mencari penyelesaian kepada isu pendatang tanpa izin dan memastikan semua mendapat maklumat tepat mengenai perkara itu.<br \/>\n\u201cPendirian kami semua PATI mesti dihantar pulang dan hanya mereka yang bekerja secara sah di negeri ini akan diberikan kad pekerja asing,\u201d katanya.<br \/>\n&#8220;Pemeriksaan latar belakang akan dilakukan dan mereka yang mempunyai rekod jenayah akan berdepan dengan tindakan undang-undang yang sewajar,\u201d tegas Hajiji.<br \/>\nHajiji berkata, ini juga selaras dengan usaha kerajaan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah dan antara kriteria utama ialah ketersediaan tenaga kerja yang mencukupi.<br \/>\nHajiji juga mengalu-alukan usaha Kerajaan Persekutuan untuk bersama-sama mencari jalan bagi menyelesaikan isu itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kad Warga Asing (Foreigner Card) hanyalah cadangan Jawatankuasa Teknikal yang akan dibincangkan lebih lanjut lagi oleh Kerajaan Negeri sebelum keputusan muktamad dibuat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. \u201cJawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Sabah (JKPWAS-Induk) ditubuhkan berikutan saranan RCI untuk platform bersama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi menguruskan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9078,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-10091","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10091","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10091"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10091\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10092,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10091\/revisions\/10092"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9078"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10091"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10091"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10091"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}