UMNO pertahan hak penduduk Kampung Sembulan berdepan notis perobohan rumah – Jeffery Nor

KOTA KINABALU: Kepentingan dan hak perundingan penduduk kampung Sembulan Lama, Sembulan Tengah dan Sembulan baru yang kini berdepan notis perobohan rumah wajar dipertahankan.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan notis perobohan rumah yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu “tanpa ada perundingan yang membawa kebaikan semua pihak”.

“Sebelum ini, mereka (pihak kerajaan DBKK) menyatakan tidak mengadakan operasi perobohan ini selagi tidak ada persetujuan (penduduk).

“Namun apa yang berlaku sekarang ada perobohan,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Sembulan baru-baru ini.

Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan berkata walaupun parti itu tidak menghalang projek pembangunan di perkampungan pinggiran badaraya Kota Kinabalu itu, namun rundingan dengan penduduk kampung yang membawa kepada situasi menang-menang perlu dilaksanakan terutama yang membabitkan pampasan.

“Saya tidak bercakap untuk pihak Barisan
Nasional, tetapi saya bercakap untuk pihak penduduk-penduduk di kampung Sembulan ini.

“Ini kerana kepentingan penduduk kampung di situ perlu dipertahankan, termasuk penduduk-penduduk di kampung Sembulan Lama dan Sembulan Baru dan Sembulan Tengah,” katanya.

Menurut Jeffery, perundingan demi perundingan dibuat tetapi tidak membawa sebarang keputusan yang baik.

“Dalam hal ini, katanya komunikasi yang baik mesti dilaksanakan supaya ada situasi menang-menang di antara kedua-dua pihak,” tqmbah beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles