ADUN PH Sabah setuju “Kerajaan Perpaduan” dibentuk di Sabah

KOTA KINABALU: Tujuh Adun Pakatan Harapan Sabah bersetuju agar satuk “Kerajaan Perpaduan Sabah” dibentuk seperti amalan di peringkat persekutuan sebagai salah satu jalan keluar kemelut politik yang melanda negeri ini sekarang.

Menurut kenyataan bersama hari ini, mereka berharap kemelut politik di Sabah akan berakhir dalam masa terdekat dan kesejahteraan rakyat terus dibela.

Tujuh Adun PH itu ialah Datuk Christina Liew (ADUN Api-Api), Datuk Poon Fung Ming (ADUN Tanjung Papat), Datuk Ewon Benedick (ADUN Kadamaian), Phoong Jin Zhe (ADUN Luyang), Jannie Lasimbang
(ADUN Kapayan), Tan Lee Fatt
(ADUN Likas) dan Peto Galim
(ADUN Inanam).

Adun-adun berkenaan turut menzahirkan
rasa kesal melihat Sabah sekali lagi berhadapan dengan kemelut politik yang sepatutnya tidak berlaku.

“Seharusnya focus utama kita adalah memastikan matlamat perjuangan kita membantu rakyat dan membangun ekonomi serta bersama-sama berusaha untuk memastikan perjuangan MA63 direalisasikan selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri,” kata mereka.

Mereka turut mengulangi pendirian sebelum ini bahawa mereka tidak menyokong sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui cara “pintu belakang”.

“Pada masa yang sama, kami tidak bersetuju *untuk* Dewan Undangan Negeri dibubarkan sekiranya kemelut ini terus berterusan dan kedudukan Dewan Undangan Negeri buat masa ini terus tergantung (Hung State Assembly),” kata kenyataan bersama itu.

Sehubungan itu, tujuh Adun PH itu memaklumkan bahawa mereka memberi sokongan kepada “YAB Ketua Menteri sedia ada, iaitu YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Noor yang merupakan ADUN Sulaman”.

Ini selari dengan prinsip merekauntuk memastikan kestabilan politik terus mantap di Sabah dan tidak terlibat dalam langkah seperti Langkah Sheraton, kata kenyataan bersama tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles