Pastikan Gagasan Rakyat serta GRS pilihan utama rakyat menjelang PRN Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU : Semua jentera parti perlu memastikan agar Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi pilihan utama rakyat di negeri ini.

Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, apabila diumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), semua jentera parti perlu bersiap sedia bekerja keras memastikan kemenangan besar kepada parti ini.

Katanya, pihaknya akan terus menawarkan Gagasan Rakyat serta GRS kepada rakyat berikutan masih banyak perlu dilakukan untuk membangunkan negeri.

“Kerajaan ini tetap menjadi platform terbaik untuk kita memantapkan gabungan demi meneruskan legasi perjuangan.

“Pilihan Raya akan datang menuntut kita semua untuk memperkukuh kerjasama, mengeratkan perpaduan dan memperhalusi strategi dalam memastikan Gagasan Rakyat dan GRS adalah pilihan terbaik untuk seluruh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Agung Tahunan Gagasan Rakyat 2024, di sini hari ini.

Hajiji merupakan Pengerusi GRS berkata, semua hari ini bukan sahaja berupaya serta berkebolehan dalam memikul amanah, tetapi juga ikhlas dalam perjuangan.

“Ini termasuk jujur dalam mencurahkan khidmat bakti kepada seluruh rakyat sekali gus meletakkan kepercayaan serta menawan semula hati rakyat.

“Sepanjang tempoh empat tahun lalu, kerajaan kita terajui membawa banyak perubahan positif dalam politik, ekonomi dan semua aspek pembangunan negeri,” jelas Hajiji.

Menurutnya, ini membuktikan pendekatan kerajaan yang inklusif, membawa kepada kestabilan serta keharmonian berasaskan prinsip akomodatif. 

“Lebih utama, selama empat tahun ini, kita berjaya memperkukuhkan jambatan yang menghubungkan Sabah dengan Persekutuan.

“Secara tidak langsung memperkukuh kerjasama serta persefahaman dalam isu-isu penting berkaitan keselamatan, kedaulatan negeri, hak-hak Sabah dalam penerokaan minyak dan gas, dan lebih signifikan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” kata Hajiji.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles